Thursday, 28 April 2011

Pencerapan e Cakna 6.1

Pencerapan telah diadakan oleh semua pentadbir dan Guru Cemerlang pada 17 April hingga hari ini 28 April 2011. Semua guru yang dicerap akan diberikan penambahbaikan bagi memantapkan lagi P&P di bilik darjah.
Perbincangan profesional akan diadakan selepas pencerapan bertujuan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru di bilik darjah. Semoga perkongsian pintar antara pencerap dan guru akan meningkatkan lagi keberkesanan guru di bilik darjah.

Pemantauan Bilik Kaunseling Berbintang 2011

Tarikh  :  27 April 2011
Masa  :  9.00 pagi
Tempat  :  Bilik Kaunseling SMK Kamil

Info
SMK Kamil telah dicalonkan oleh PPD Pasir Puteh dalam kategori Bilik Kaunseling Berbintang. Sehubungan dengan itu beberapa orang pegawai dari PPD Pasir Puteh yang diketuai oleh Tn. Hj Azmi Ab. Rahman telah berada di SMK Kamil pada hari ini untuk membuat penilaian berkaitan perkara tersebut. Adalah diharapkan SMK Kamil akan muncul sebagai pemenang dalam kategori tersebut dan menjadi penanda aras kepada sekolah lain khususnya di Pasir Puteh dan negeri Kelantan amnya.

Pemantauan Blok Oleh Pentadbir SMK Kamil (Pemantauan 360 Darjah)

Pemantauan 360 darjah oleh pentadbir telah dilaksanakan di SMK Kamil sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh  :  27 April 2011
Masa  :  9.30 pagi - 12.30 tgh
Lokasi pemantauan  :  Semua blok
Pemantau  :  Tn. Pengetua, PK Pentadbiran, PK Hem, PK Ko, PK Tingkatan 6 (PPUA), GK Bahasa, GK Teknik Vokasional, GK Sains Matematik dan GKSS.

Pra Pemantauan :
Satu mesyuarat pelarasan pemantauan telah diadakan selama satu jam iaitu bermula pada jam 8.30 - 9.30 pagi pada 27 April 2011, bertempat di Bilik Tn. Pengetua.

Semasa Pemantauan  :
Semua pentadbir telah meninjau semua lokasi yang telah ditetapkan berdasarkan jadual / buku pemantauan pentadbir. Merekodkan / mencatat semua dapatan dalam buku pemantauan. Fokus pada permasalahan / penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan pengurusan persekitaran sekolah yang lebih kondusif. Pemantauan juga dilaksanakan disemua bilik darjah yang ditetapkan, termasuk juga bilik-bilik khas, kantin dan persekitaran fizikal sekolah.

Pasca Pemantauan  :
Pada jam 12.30 tengah hari (27 April 2011) pertemuan kali kedua di bilik Tn. Pengetua bagi membentangkan dapatan / hasil pemantauan. Pembentangan / laporan pemantauan telah dibentangkan oleh semua pemantau. Semua dapatan dicatat dan tindakan segera dibuat bagi mengatasi semua permasalahan.

Rumusan :
Pemantauan 360 darjah ini diharap dapat meningkatkan lagi semua aspek pengurusan sekolah, termasuk pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan pentadbiran dan pengurusan pembangunan modal insan SMK Kamil. Insyaallah.

Tuesday, 26 April 2011

Mesyuarat Post Mortem SPM 2010 bersama Tn. PPD Pasir Puteh







Tarikh  :  24 April 2011
Masa  :  9.15 pagi
Tempat  :  Bilik Gerakan Wawasan

Lawatan kerja Tuan Hj Ismail bin Ghazali ke SMK Kamil

Pengisian Lawatan : Post Mortem SPM 2010

Thursday, 21 April 2011

Majlis Konsultasi Ibu Bapa, Pelajar dan Guru Tingkatan Lima SMK Kamil 2011

Tarikh  :  21 April 2011
Masa  :  9.00 pagi





Tempat  :  Dewan Besar SMK Kamil

Keseluruhannya pertemuan pada pagi ini telah berjaya meningkatkan motivasi pelajar dan ibu bapa bagi mempastikan peningkatan pencapaian SPM pada tahun 2011.