Thursday 28 April 2011

Pemantauan Blok Oleh Pentadbir SMK Kamil (Pemantauan 360 Darjah)

Pemantauan 360 darjah oleh pentadbir telah dilaksanakan di SMK Kamil sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh  :  27 April 2011
Masa  :  9.30 pagi - 12.30 tgh
Lokasi pemantauan  :  Semua blok
Pemantau  :  Tn. Pengetua, PK Pentadbiran, PK Hem, PK Ko, PK Tingkatan 6 (PPUA), GK Bahasa, GK Teknik Vokasional, GK Sains Matematik dan GKSS.

Pra Pemantauan :
Satu mesyuarat pelarasan pemantauan telah diadakan selama satu jam iaitu bermula pada jam 8.30 - 9.30 pagi pada 27 April 2011, bertempat di Bilik Tn. Pengetua.

Semasa Pemantauan  :
Semua pentadbir telah meninjau semua lokasi yang telah ditetapkan berdasarkan jadual / buku pemantauan pentadbir. Merekodkan / mencatat semua dapatan dalam buku pemantauan. Fokus pada permasalahan / penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan pengurusan persekitaran sekolah yang lebih kondusif. Pemantauan juga dilaksanakan disemua bilik darjah yang ditetapkan, termasuk juga bilik-bilik khas, kantin dan persekitaran fizikal sekolah.

Pasca Pemantauan  :
Pada jam 12.30 tengah hari (27 April 2011) pertemuan kali kedua di bilik Tn. Pengetua bagi membentangkan dapatan / hasil pemantauan. Pembentangan / laporan pemantauan telah dibentangkan oleh semua pemantau. Semua dapatan dicatat dan tindakan segera dibuat bagi mengatasi semua permasalahan.

Rumusan :
Pemantauan 360 darjah ini diharap dapat meningkatkan lagi semua aspek pengurusan sekolah, termasuk pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan pentadbiran dan pengurusan pembangunan modal insan SMK Kamil. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment