Thursday 28 April 2011

Pencerapan e Cakna 6.1

Pencerapan telah diadakan oleh semua pentadbir dan Guru Cemerlang pada 17 April hingga hari ini 28 April 2011. Semua guru yang dicerap akan diberikan penambahbaikan bagi memantapkan lagi P&P di bilik darjah.
Perbincangan profesional akan diadakan selepas pencerapan bertujuan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru di bilik darjah. Semoga perkongsian pintar antara pencerap dan guru akan meningkatkan lagi keberkesanan guru di bilik darjah.

Pemantauan Bilik Kaunseling Berbintang 2011

Tarikh  :  27 April 2011
Masa  :  9.00 pagi
Tempat  :  Bilik Kaunseling SMK Kamil

Info
SMK Kamil telah dicalonkan oleh PPD Pasir Puteh dalam kategori Bilik Kaunseling Berbintang. Sehubungan dengan itu beberapa orang pegawai dari PPD Pasir Puteh yang diketuai oleh Tn. Hj Azmi Ab. Rahman telah berada di SMK Kamil pada hari ini untuk membuat penilaian berkaitan perkara tersebut. Adalah diharapkan SMK Kamil akan muncul sebagai pemenang dalam kategori tersebut dan menjadi penanda aras kepada sekolah lain khususnya di Pasir Puteh dan negeri Kelantan amnya.

Pemantauan Blok Oleh Pentadbir SMK Kamil (Pemantauan 360 Darjah)

Pemantauan 360 darjah oleh pentadbir telah dilaksanakan di SMK Kamil sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh  :  27 April 2011
Masa  :  9.30 pagi - 12.30 tgh
Lokasi pemantauan  :  Semua blok
Pemantau  :  Tn. Pengetua, PK Pentadbiran, PK Hem, PK Ko, PK Tingkatan 6 (PPUA), GK Bahasa, GK Teknik Vokasional, GK Sains Matematik dan GKSS.

Pra Pemantauan :
Satu mesyuarat pelarasan pemantauan telah diadakan selama satu jam iaitu bermula pada jam 8.30 - 9.30 pagi pada 27 April 2011, bertempat di Bilik Tn. Pengetua.

Semasa Pemantauan  :
Semua pentadbir telah meninjau semua lokasi yang telah ditetapkan berdasarkan jadual / buku pemantauan pentadbir. Merekodkan / mencatat semua dapatan dalam buku pemantauan. Fokus pada permasalahan / penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan pengurusan persekitaran sekolah yang lebih kondusif. Pemantauan juga dilaksanakan disemua bilik darjah yang ditetapkan, termasuk juga bilik-bilik khas, kantin dan persekitaran fizikal sekolah.

Pasca Pemantauan  :
Pada jam 12.30 tengah hari (27 April 2011) pertemuan kali kedua di bilik Tn. Pengetua bagi membentangkan dapatan / hasil pemantauan. Pembentangan / laporan pemantauan telah dibentangkan oleh semua pemantau. Semua dapatan dicatat dan tindakan segera dibuat bagi mengatasi semua permasalahan.

Rumusan :
Pemantauan 360 darjah ini diharap dapat meningkatkan lagi semua aspek pengurusan sekolah, termasuk pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan pentadbiran dan pengurusan pembangunan modal insan SMK Kamil. Insyaallah.

Tuesday 26 April 2011

Mesyuarat Post Mortem SPM 2010 bersama Tn. PPD Pasir Puteh







Tarikh  :  24 April 2011
Masa  :  9.15 pagi
Tempat  :  Bilik Gerakan Wawasan

Lawatan kerja Tuan Hj Ismail bin Ghazali ke SMK Kamil

Pengisian Lawatan : Post Mortem SPM 2010

Thursday 21 April 2011

Majlis Konsultasi Ibu Bapa, Pelajar dan Guru Tingkatan Lima SMK Kamil 2011

Tarikh  :  21 April 2011
Masa  :  9.00 pagi





Tempat  :  Dewan Besar SMK Kamil

Keseluruhannya pertemuan pada pagi ini telah berjaya meningkatkan motivasi pelajar dan ibu bapa bagi mempastikan peningkatan pencapaian SPM pada tahun 2011.

Tuesday 19 April 2011

Majlis Konsultasi Ibu Bapa, Pelajar dan Guru PPUA SMK Kamil 2011

Tarikh  :  19 April 2011
Masa  :  9.00 pagi




Tempat  :  Dewan Bestari SMK Kamil

Majlis Konsultasi Ibu Bapa, Pelajar dan Guru Tingkatan Tiga SMK Kamil 2011

Tarikh  :  18 April 2011
Masa  :  8.30 pg




Tempat  :  Dewan Besar, SMK Kamil

Mesyuarat Post Mortem SPM Bagi Sekolah Terpilih Peringkat Negeri Kelantan

Tarikh  :  17 April 2011
Masa  :  8.00 pagi  -  1.30 tgh
Tempat  :  Bilik Mesyuarat SM Sains Pasir Puteh



Info kehadiran : Mesyuarat dihadiri oleh semua pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Terpilih.  YABrs Tn Hj Hussin Awang (Pengarah Pelajaran Kelantan) telah menyampaikan pesanan kepada semua pengurus sekolah bagi meningkatkan lagi pencapaian / kualiti sekolah.

Thursday 14 April 2011

Majlis Pelantikan PRS Dan Penyerahan Biasiswa Kamilian oleh Ybhg. Dato' Pahamin A. Rejab Penasihat The Kamilian







Tarikh  :  14 April 2011
Masa  :  11.00 pagi
Tempat  :  Dewan Besar SMK Kamil

Info : 1.  Majlis Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Kamil 2011
        2.  Majlis Penyerahan Wang Biasiswa Kamilian

VIP :    Ybhg. Dato' Pahamin bin A. Rejab (Penasihat The Kamilian)

FORUM KERJAYA SMK KAMIL 2011

Tarikh : 14 April 2011
Masa : 8.00 - 10.30 pagi
Tempat : Dewan Besar SMK Kamil




Info : Para pelajar telah mendapat banyak info yang berguna berkaitan dengan kerjaya yang diminati, misalnya yang berkaitan dengan kedoktoran, peguam, jurutera dan bank.
Kumpulan sasaran : Pelajar Tingkatan 4, 5 dan PPUA

Tuesday 12 April 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2011


 
 PEPERIKSAAN
TARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
(SPMU)
Bertulis
 13 hingga 14 Jun
(2 hari)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP)
15 hingga 17 Jun
(3 hari) 
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR)
Bertulis 
13 hingga 15 September
(3 hari)
Penilaiaan Menengah Rendah
(PMR)
Bertulis 
4 hingga 6 Oktober
10 hingga 11 Oktober
(5 hari)
Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM)

Lisan 
11 hingga 14 Julai
18 hingga 21 Julai
(8 hari)
Bertulis 
12 hingga 13 Oktober
17 hingga 19 Oktober
(5 hari)
Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)
Bertulis 
14 November hingga 14 Disember
(16 hari)





 *Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
PEPERIKSAAN
TALIAN
UPSR
03 - 8884 3382
PMR
03 - 8884 3394
SPM
03 - 8884 3330
STAM
03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri
03 - 8884 3346

Tuesday 5 April 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Kecemerlangan PMR 2011

Tarikh : 5 April 2011
Masa : 2.10 petang
Tempat : Bilik Kurikulum SMK Kamil




Rumusan : Mesyuarat telah mengambil beberapa ketetapan penting bagi mempastikan kecemerlangan pelajar PMR 2011

Minggu Anti Dadah Peringkat SMK Kamil 2011

Tarikh : 3 - 7 April 2011
Pelancaran : 7.30 pagi




Tempat : Dewan Besar SMK kamil