Tuesday, 29 March 2011
Perasmian Pameran Buku Kelantan 2011
Tarikh : 29 Mac 2011
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Gelanggang Seni Jalan Mahmud Kota Bharu
Info : Dalam majlis ini 4 orang pelajar tingkatan 5 SMK Kamil turut disenaraikan sebagai penerima sumbangan buku daripada pihak penganjur iaitu SMO. Tahniah!!!
Lawatan Kerja Tuan PPD Daerah Pasir Puteh
Lawatan Kerja Tuan PPD Daerah Pasir Puteh Sempena Kecemerlangan SPM 2010
Tarikh : 24 Mac 2011
Masa : 2.30 - 4.00 petang
Tn. Hj. Ismail Ghazali, mengadakan lawatan kerja ke SMK Kamil, bertemu para pentadbir, penyelaras tingkatan dan penyelaras kecemerlangan.
Dalam pertemuan tersebut Tn. PPD mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang telah berusaha bersungguh-sungguh mempastikan kecemerlangan SPM 2010 (Lulus 100 %). Tuan PPD juga memaklumkan bahawa pencapaian PNG 3.29 (2010) berbanding 3.73 (2009) merupakan pencapaian terbaik SMK Kamil sejak tahun 2002
Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mengharumkan nama SMK Kamil. You are the best!!!
Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2010
Tarikh 23 Mac 2011 : Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2010
SMK Kamil sekali lagi mengekalkan tradisi lulus 100% ... GPS telah meningkat dari 3.73 (2009) kepada 3.29 (2010)
Pencapaian Pelajar terbaik : Fadlin Sakina Mohd Nasru 10A, Wong Min Min 10A 1B+ ... Tahniah kepada semua pelajar
Terima kasih kepada semua guru, pelajar dan seluruh warga SMK Kamil yang memungkinkan kecemerlangan tersebut.
Taklimat Percukaian : LHDN Kelantan
Peristiwa 2, Tarikh 23 Mac 2011 : Bertempat di Dewan Besar SMK Kamil (2.30 - 4.00 petang) telah diadakan Taklimat Percukaian oleh Pn. Ramainor bt Daud, Penolong Pegawai Eksekutif, LHDN Kelantan
Memberikan penjelasan lebih lanjut tentang perihal percukaian semasa. Terima kasih kepada semua guru yang hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)